
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi Jumaat.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di koordinat 5.5° Utara dan 101.3° Timur dengan Jarak 9 kilometer Timur Laut dari Hulu Perak.

Kedalaman gempa itu adalah 10 kilometer dan gegaran dapat dirasai di sekitar kawasan Gerik.
Baca juga:
Gempa 5.2 Skala Richter Goncang Utara Sumatera Indonesia, Gegaran Dirasai Sekitar Putrajaya, KL, Selangor, Pulau Pinang Dan Perak
Penduduk Kongsi Detik Gempa Bumi Di Johor Pagi Ini
"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.
"Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/BsgrF3Cc8p11iZ277," katanya.






