
Gempa Bumi Kuat ‘Gegar’ Kepulauan Caroline Barat
Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Kepulauan Caroline Barat pada jam 7.11 malam, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 7.2° Utara dan 141.6° Timur, dengan magnitud 6.0 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 1,084 kilometer Utara dari Jayapura, Indonesia, dengan kedalaman 37 kilometer.
Tambah METMalaysia, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: METMalaysia
The post Gempa Bumi Kuat ‘Gegar’ Kepulauan Caroline Barat appeared first on Siakap Keli.

