Gempa bumi timur Mesir gegarkan Kaherah

3 Aug 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gempa bumi timur Mesir gegarkan Kaherah

KAHERAH: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan timur Mesir awal pagi Isnin, menyebabkan pihak berkuasa mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, walaupun tiada permintaan segera untuk bantuan kecemasan diterima.

Gegaran itu dirasai di kawasan yang luas, membangunkan wartawan AFP di Kaherah dan turut dirasai sehingga ke El-Arish berhampiran sempadan Mesir dengan Semenanjung Gaza.

Menurut Institut Penyelidikan Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir, gempa itu berlaku kira-kira 40 kilometer di utara bandar Suez pada jam 3 pagi waktu tempatan, selepas institusi itu menyemak semula anggaran awal daripada magnitud 5.2 kepada 5.5.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa cetek itu bermagnitud 5.0, selepas turut menyemak turun bacaan awalnya.

Menteri Kesihatan Mesir, Khaled Abdel Ghaffar mengarahkan pelan tindak balas kecemasan diaktifkan di seluruh negara serta mengarahkan perkhidmatan ambulans berada pada tahap kesiapsiagaan maksimum.

Menurut Kementerian Kesihatan Mesir dan Bulan Sabit Merah Mesir, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan akibat gempa itu.

Bulan Sabit Merah Mesir turut menggesa penduduk supaya menjauhi bangunan lama dan usang yang banyak terdapat di beberapa kawasan kejiranan kelas pekerja di Kaherah.

Gempa bumi kuat jarang berlaku di negara di timur laut Afrika itu.

Gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah moden Mesir berlaku pada Oktober 1992 apabila gempa bermagnitud 5.8 menggegarkan ibu negara, mengorbankan lebih 500 orang dan menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. – AFP

The post Gempa bumi timur Mesir gegarkan Kaherah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved