Gempa Gerik: Kerajaan negeri tunggu laporan JMG

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gempa Gerik: Kerajaan negeri tunggu laporan JMG

TAIPING: Kerajaan negeri masih menunggu laporan terkini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berhubung kejadian gempa bumi yang melanda sekitar Gerik baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, kejadian gempa bumi bermagnitud 3.4 itu bagaimanapun tidak perlu dibimbangkan buat masa ini.

“Bagi gempa bumi yang tidak melebihi skala lima, ia merupakan satu gerakan dalam tanah dan buat masa ini boleh dikatakan tidak perlu risau.

“Bagaimanapun, pemantauan akan terus dilakukan. Kita tidak akan memandang ringan terhadap masalah ini,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Madani Kita di Dataran Warisan Taiping, di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu merupakan gempa bumi kali ketiga yang direkodkan di kawasan terbabit.

Katanya, kejadian sebelum ini direkodkan pada 2016 dengan magnitud 4.6, manakala gempa terbaharu mencatatkan magnitud 3.4.

“Berdasarkan pengalaman, ia merupakan satu pergerakan bumi di bawah tanah yang minimal,” katanya.

Mengulas kemungkinan kejadian itu memberi kesan terhadap infrastruktur di kawasan sekitar, Teh Kok Lim berkata, pihaknya perlu menunggu laporan JMG terlebih dahulu.

“Berhubung keadaan infrastruktur di kawasan sekitar, saya perlu menunggu laporan daripada JMG terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, perkara ini sememangnya dalam pemantauan,” katanya. – UTUSAN

The post Gempa Gerik: Kerajaan negeri tunggu laporan JMG appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved