Geng curi komponen kereta tumpas

14 Jul 2024 • 1:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis menumpaskan kegiatan mencuri rim sukan dan tayar kenderaan apabila menahan sekumpulan tiga lelaki dikenali “Geng Loyok” dalam tangkapan berasingan, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, hasil maklumat dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau, seorang suspek lelaki tempatan berumur 28 tahun diberkas pada Rabu lalu.

“Suspek ditahan di sebuah bengkel motosikal di kawasan kompleks Takada pada jam 4.40 petang. Sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah telefon bimbit turut dirampas.

“Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan judi,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Jasmin berkata, susulan tangkapan itu, seorang lagi suspek warga asing, 24, ditangkap sekitar jam 11.20 pagi di kawasan UTC Bandar Tawau pada Khamis.

Katanya, satu tali pinggang berkepala buku lima yang dipakai suspek turut dirampas pasukan sama. Suspek itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Manakala suspek ketiga yang juga warga asing dan mempunyai rekod jenayah lampau iaitu rompak dan dikehendaki polis, ditangkap pada Jumaat.

“Suspek berusia 32 tahun itu ditahan jam 2.10 petang di kawasan UTC Bandar Tawau,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat seorang mangsa lelaki, 24, pada Rabu lepas mengatakan komponen kenderaannya yang dianggarkan bernilai RM1,000 hilang dicuri orang tidak dikenali.

Mangsa dikatakan meletakkan komponen tersebut di luar rumah sebelum dihubungi ibu saudaranya yang memaklumkan kejadian itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.