Rumah kedai jadi pusat lombong bitcoin diserbu

LocalTechnology
2 Sep 2026 • 12:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rumah kedai jadi pusat lombong bitcoin diserbu

SUNGAI SIPUT: Kegiatan sindiket perlombongan Bitcoin memecah masuk premis kosong untuk dijadikan pusat operasi terbongkar menerusi serbuan di empat unit rumah kedai pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, empat premis yang diserbu itu dikesan masing-masing tiga di Sungai Siput dan satu lagi di Perak Tengah.

“Di Sungai Siput, serbuan dijalankan di Sungai Siput Parade, Taman SS2 Perdana dan Taman Alamanda di mana kita mengesan terdapat kegiatan mencuri bekalan elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 132 unit mesin perlombongan bitcoin dirampas bersama dua unit komputer riba dan empat unit router,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.

Dalam serbuan di Taman Alamanda, seorang lelaki berusia 39 tahun yang mengaku sebagai penjaga kawasan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau tidak mengetahui mengenai kegiatan perlombongan bitcoin yang dijalankan di premis tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik mesin perlombongan, pihak yang terlibat serta bagaimana bekalan elektrik diperoleh dan digunakan,” katanya.

Pihaknya turut menjalankan tindakan susulan di sebuah premis di Seri Iskandar selepas menerima maklumat mengenai penggunaan bekalan elektrik secara tidak sah dan kegiatan perlombongan bitcoin.

Katanya, hasil pemeriksaan di tingkat satu premis berkenaan menemukan 36 mesin perlombongan bitcoin, sebuah router, desktop switch dan segulung kabel elektrik yang telah dipotong.

“Pemeriksaan awal mendapati premis itu tidak mempunyai meter elektrik dibekalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebaliknya dipercayai menggunakan sambungan elektrik secara tidak sah.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu dan pihak yang terbabit,” katanya.

Siasatan bagi kesemua kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. – UTUSAN

The post Rumah kedai jadi pusat lombong bitcoin diserbu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved