Curi kabel, empat lelaki kena cekup

5 Sep 2026 • 7:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Curi kabel, empat lelaki kena cekup

IPOH – Polis menahan empat lelaki warga tempatan masing-masing berumur 24 hingga 36 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dalam dua kes berasingan di Kampar dan Kuala Kangsar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, dalam kes pertama di Kampar, semalam, anggota Balai Polis Malim Nawar menahan dua lelaki berumur 42 dan 46 tahun ketika menjalankan rondaan di sebuah kuil di Malim Nawar.

“Polis merampas dua pemotong kabel dan lima gulung kabel talian telefon dengan anggaran kerugian RM1,000. Pengesahan juruteknik Telekom Malaysia mendapati kabel dirampas milik syarikat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Alwi, dalam kes berasingan di Kuala Kangsar juga semalam, polis menerima maklumat berhubung pergerakan mencurigakan dia kenderaan di sekitar Taman Sri Pagi, Kati.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar telah menjalankan tindakan susulan dan berjaya menahan dua lelaki berumur 24 dan 36 tahun di tepi Jalan Raja Chulan.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan polis telah merampas sebuah Toyota Vios berwarna perak, sebatang pemotong kabel, sebatang besi penarik kabel, tiga gulung kabel, sebuah beg silang selain beberapa barangan lain,” katanya.

Jelasnya, semakan rekod mendapati keempat-empat suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. – KOSMO! ONLINE

The post Curi kabel, empat lelaki kena cekup appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved