Genting Highlands nampak dari Sekinchan?

27 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Genting Highlands nampak dari Sekinchan?
Tular gambar pemandangan Genting Highlands, Pahang yang boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang, Selangor.

SABAK BERNAM - Dakwaan pemandangan Genting Highlands, Pahang yang dikatakan boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang, Selangor, mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, daffodilyla, mempersoalkan kesahihan pemandangan itu susulan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih.

"Ramai yang nampak Genting (Highlands) dari Sekinchan, Tanjong Karang real (benar) ke fake (palsu)? Ada trust issue (krisis kepercayaan) sejak ada AI,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Hantaran itu mengundang reaksi pengguna lain yang mendakwa pemandangan itu sememangnya boleh dilihat dalam keadaan tertentu terutama ketika cuaca cerah selepas hujan.

Seorang pengguna Threads, syzwntslim, berkata, pemandangan itu boleh dilihat dari kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang terutama pada pagi selepas hujan pada malam sebelumnya.

"Kalau bercuti (di) sini (jika) malam itu hujan, esok pagi cepat-cepat keluar memang akan nampak Genting (Highlands),” katanya dalam ruangan komen.

Seorang lagi pengguna, Atikahmissnon, turut mendakwa pemandangan itu bukan perkara baharu, malah lampu di kawasan Genting Highlands juga boleh dilihat pada waktu malam.

"Kalau malam, (memang) nampak lampu kat Genting itu menyala," ujarnya.

Perkongsian itu mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai mengenai kemungkinan melihat kawasan tanah tinggi itu dari kawasan sawah padi di pesisir utara Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved