Van ‘dikebas’ di Tanjong Karang jumpa semula di Ulu Bernam

25 Oct 2026 • 10:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Van ‘dikebas’ di Tanjong Karang jumpa semula di Ulu Bernam

PETALING JAYA – Sebuah van syarikat minuman berkultur yang dilaporkan hilang di Tanjong Karang kelmarin telah ditemui di Ulu Bernam.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Yakultzafc berkata, van berkenaan ditemui petang semalam hasil kerjasama orang ramai dan pihak polis.

“Terima kasih, dijumpai di Ulu Bernam petang semalam (24/10/2026). Orang yang melarikan diri dan polis sedang menjejaki melalui ujian forensik,”tulis individu itu.

Kosmo! semalam melaporkan tindakan seorang pekerja meninggalkan van syarikat minuman berkultur tanpa mematikan enjin mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan lelaki di pekan Tanjong Karang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi ketika pekerja berkenaan memasuki sebuah kedai serbaneka untuk mengira stok minuman.

Insiden itu turut tular di aplikasi Threads dengan suspek kelihatan mundar-mandir sebelum melarikan kenderaan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Supritenden Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan mendapati pekerja berkenaan meninggalkan van di hadapan kedai serbaneka tanpa mematikan enjin.-KOSMO! ONLINE

The post Van ‘dikebas’ di Tanjong Karang jumpa semula di Ulu Bernam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved