Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Sidang Dewan Rakyat mencuri tumpuan apabila Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan, bertindak berucap sepenuhnya dalam Bahasa Jawa bagi menyampaikan teguran berhubung isu jerebu merentas sempadan yang kerap berulang.
Video ucapan beliau tular di media sosial selepas beliau secara terbuka menyampaikan mesej kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berhubung tindakan menangani kebakaran hutan di negara jiran itu.
Artikel berkaitan: Prabowo Lulus Terima Bantuan Padamkan Kebakaran Hutan Dari Malaysia
Artikel berkaitan: Walaupun Hidup Sederhana, Rakyat Indonesia Paling Bahagia – Prabowo
Memulakan ucapan di Dewan Rakyat, Kalam Salan sempat berseloroh sebelum menyampaikan salam serta pertanyaan khabar khusus buat Pemimpin Indonesia berkenaan.
Menurut beliau, masalah asap tebal bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia sehingga mengalami batuk dan sesak nafas, bahkan turut mengganggu sesi persekolahan, sektor pelancongan, serta menjejaskan mata pencarian warga Indonesia yang bekerja di sektor perladangan di sini.
“Pak, asap dari pembakaran hutan tu buat orang Malaysia susah nak bernafas. Ramai yang batuk, tekak jadi gatal. Sesak nafasnya, sekolah sampai tutup, pelancongan jadi sepi, dan orang-orang yang bekerja di kebun susah nak kerja.
Yang susah bukan orang Malaysia je, Pak. Orang Indonesia yang bekerja di kebun Malaysia pun turut susah akibat asap ni. Tak reti kerja, tak dapat duit. Hidup nak terus macam mana, nak kirim duit untuk anak bini kat Indonesia macam mana,” luahnya dalam Bahasa Jawa
Beliau turut menyelar kenyataan sesetengah pihak yang seolah-olah menjadikan isu ini sebagai gurauan dengan mendakwa hutan Indonesia menghantar oksigen ke Malaysia.
“Janganlah perkara ini dijadikan bahan jenaka… Jika begitu, adakah hutan di Malaysia ini hanya pokok plastik yang tidak boleh menghasilkan oksigen?” Soalnya.
Mengakhiri ucapan, beliau merayu agar pentadbiran Presiden Prabowo mengambil langkah konkrit memadamkan kebakaran hutan supaya rakyat di kedua-dua negara tidak terus menanggung kesan buruk akibat jerebu.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![[VIDEO] Rakyat Indonesia sokong MP Sabak Bernam ‘tegur’ dalam bahasa Jawa](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-22-at-11.35.26-AM-1024x768.jpeg)
