Lelaki warga asing dikesan pandu bas persiaran tanpa lesen sah - JPJ

LocalCars
22 Oct 2026 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga asing dikesan pandu bas persiaran tanpa lesen sah - JPJ
Bas bersama pemandu warga asing yang ditahan hasil pemeriksaan JPJ ldi Terminal Genting Highlands, Bentong pada Rabu. Foto: JPJ Pahang

KUANTAN - Seorang pemandu warga asing dikesan memandu sebuah bas persiaran tanpa lesen sah dalam pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terminal Genting Highlands, Bentong pada Rabu.

Unit Korporat JPJ Pahang memaklumkan, pemeriksaan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu mendapati, bas berkenaan membawa kira-kira 20 penumpang warga tempatan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands.

Menurutnya, bas berkenaan ditahan untuk pemeriksaan selepas selesai menurunkan penumpang di terminal itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati pemandu merupakan warga asing dan tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas E dan lesen vokasional (PSV) yang diperlukan untuk memandu bas persiaran.

"Ketika pemeriksaan, pemandu itu mendakwa kali pertama memandu bas tersebut dan hanya menggantikan pemandu sebenar yang tidak dapat bertugas pada hari berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu menjelaskan, bas terbabit disita untuk tindakan lanjut.

"Tindakan penguatkuasaan turut diambil terhadap pemilik bas kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu mengendalikan kenderaan tersebut," ujarnya.

JPJ Negeri Pahang menegaskan aspek keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi dan setiap pengusaha bas bertanggungjawab memastikan pemandu memiliki lesen memandu serta kelayakan yang sah sebelum dibenarkan beroperasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved