[VIDEO] Dugaan betul berbaris panjang naik bas balik F1

2 Oct 2026 • 6:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Dugaan betul berbaris panjang naik bas balik F1

PETALING JAYA – Ribuan pengunjung yang membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini berdepan kesukaran untuk meninggalkan kawasan litar apabila terpaksa beratur panjang untuk menaiki bas pengantara.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, keadaan sesak dapat dilihat apabila orang ramai terpaksa beratur dalam barisan yang panjang sementara menunggu giliran menaiki bas ulang-alik.

Seorang pengguna Threads, @httpcxko_ mendakwa proses untuk keluar dari kawasan SIC mengambil masa yang lama kerana pengunjung perlu menggunakan lebih daripada satu bas ulang-alik sebelum sampai ke kawasan parkir masing-masing.

“Ya Tuhan, apa yang boleh saya katakan, memang sangat memenatkan hendak balik dari SIC.

“Dari SIC kena naik bas ulang-alik dalaman sehingga ke pusat pemeriksaan bas dan perjalanan itu sahaja mengambil masa kira-kira 40 minit. Kemudian kena tukar bas ulang-alik lain untuk ke tempat parkir seperti di Mitsui dan kawasan lain,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar apabila sistem barisan menunggu bas juga didakwa tidak tersusun dengan baik.

“Barisan untuk menunggu bas pun kucar-kacir. Susah hendak hadap keadaan macam ini untuk dua hari lagi. Padang hari perlumbaan nanti, tidak tahulah macam mana keadaannya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads, @ahmatmirza turut mempersoalkan sistem pengurusan bas ulang-alik yang disediakan kepada pengunjung.

“Sepatutnya kena ada penghadang untuk orang ramai beratur dan mengetahui laluan yang berbeza. Sekurang-kurangnya dengan laluan yang jelas, orang ramai boleh tahu barisan mana perlu diikuti untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, tidak semua pengunjung berpandangan sama apabila ada yang menganggap perkhidmatan berkenaan tidak wajar terlalu dipertikaikan kerana disediakan secara percuma.

“Bas ulang-alik itu percuma, jadi tidak bolehlah merungut,” komen @nasrulhaziqhamdan. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] Dugaan betul berbaris panjang naik bas balik F1 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved