Gerakan koperasi berpeluang capai hasil RM100 bilion pada 2026, empat tahun lebih awal daripada sasaran - SKM

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 2:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gerakan koperasi berpeluang capai hasil RM100 bilion pada 2026, empat tahun lebih awal daripada sasaran - SKM Image from: Gerakan koperasi berpeluang capai hasil RM100 bilion pada 2026, empat tahun lebih awal daripada sasaran - SKM amree09/10/2026 - 14:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt – Sektor koperasi Malaysia berpeluang mencatat hasil RM100 bilion pada 2026, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan empat tahun lebih awal, susulan pertumbuhan positif serta peningkatan keanggotaan dan pengumpulan modal.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Mohd Marzuki Yasoa’ berkata, sektor berkenaan pernah merekodkan pendapatan yang mencecah RM81.6 bilion setakat 31 Disember 2025, dengan jumlah aset dicatatkan kini sebanyak RM186.75 bilion.

 

Tambah beliau, sejumlah 16,468 koperasi berdaftar secara rasmi dengan pihak suruhajaya berkenaan di seluruh negara pada akhir tahun lalu, dengan modal syer dan yuran terkumpul yang sudah mencapai kira-kira RM18 bilion.

 

"Pencapaian positif ini mencerminkan peranan penting gerakan koperasi dalam usaha menyokong arus pembangunan ekonomi semasa serta berupaya dalam meningkatkan lagi tahap kesejahteraan anggota dan masyarakat di negara kita," jelasnya.

 

Bagi memacu pertumbuhan seterusnya ujar Mohd Marzuki, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menerusi SKM memberi penekanan kepada penglibatan lebih banyak koperasi dalam sektor keterjaminan makanan yang berpotensi luas.

 

Usaha tersebut kata beliau, bertujuan membantu memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin sekiranya berlaku keadaan tidak dijangka, khususnya ketika konflik geopolitik dan ketidaktentuan global secara berterusan.

 

Mohd Marzuki SKM_DagangNews2026

 

Selain makanan tambahnya, gerakan koperasi turut digalakkan meneroka bidang pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) bagi memanfaatkan perkembangan teknologi serta membuka peluang pertumbuhan baharu yang lebih besar.

 

 

"Kuskop dan Kementerian Kewangan (MoF) menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan bagi menyokong perkembangan koperasi, termasuk melalui Dana Modal Pusingan yang diperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi 2026," kata Mohd Marzuki.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya kira-kira RM22 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut yang sudah disalurkan setakat ini kepada sejumlah koperasi yang memerlukan bantuan bagi membantu pertumbuhan dalam pelbagai bidang.

 

Sehubungan itu ujar beliau, SKM menggalakkan koperasi yang berdepan kekangan kewangan atau memerlukan sokongan kewangan untuk segera mengemukakan permohonan mereka bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

 

Mohd Marzuki berkata, dana berkenaan menawarkan 21 jenis bantuan untuk membantu koperasi menangani pelbagai masalah dan kekangan, sekali gus memastikan operasi serta pertumbuhan mereka dapat diteruskan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved