Gila! Sejarah memalukan, juara bertahan tersingkir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun

FootballSports
24 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Gila! Sejarah memalukan, juara bertahan tersingkir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun

Juara bertahan, Mamelodi Sundowns, dari Afrika Selatan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Afrika pada pusingan kelayakan, selepas tewas menerusi peraturan gol di tempat lawan kepada pasukan Wiliete dari Angola.

Perlawanan timbal balik kedua di Loftus Versfeld, Pretoria berakhir dengan keputusan seri 1-1, lima hari selepas kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Lubango pada perlawanan pertama Ahad lalu.

Sundowns mendahului seawal minit ke-11 menerusi Tashreeq Matthews, namun pemain kebangsaan Angola, Mabululu, menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua bermula.

🚨🇿🇦 BREAKING: ❌Mamelodi Sundowns have crashed out of the CAF Champions League, failing to reach the group stage. A shocking early exit for the Brazilians! 😱 #TotalEnergiesCAFCL #CAFCL https://t.co/2lFLMnIqVt

— Africa Soccer Zone (@AfricaSoccer_zn) October 23, 2026

Senarai pasukan bagi pusingan seterusnya, yang menyaksikan 16 pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan, akan diketahui pada hari Ahad apabila baki perlawanan pusingan kelayakan terakhir dilangsungkan.

Sundowns sebelum ini berjaya layak ke peringkat kumpulan dalam 11 edisi Liga Juara-Juara Afrika yang lalu, dan kekalahan mereka ini dianggap sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah pertandingan tersebut.

Untuk rekod, Sundowns pernah menumpaskan juara Liga Juara-Juara Asia (ACLE), Al-Ahli, dalam Piala Antara Benua bulan lalu. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved