Giliran ‘Kakak Bomba’, ‘Kakak Telekung’ pula jadi pilihan rakyat

31 Aug 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Giliran ‘Kakak Bomba’, ‘Kakak Telekung’ pula jadi pilihan rakyat

PUTRAJAYA – Jika dibandingkan pada edisi kemerdekaan sebelum ini, kelibat ‘Abang Bomba’ sering menjadi perhatian pengunjung, namun tahun ini penampilan ‘Kakak Telekung’ dan ‘Kakak Bomba’ pula mencuri perhatian ramai.

Untuk maklumat, Kakak Telekung merujuk kepada kontinjen Siti Khadijah yang menampilkan persalinan telekung ketika menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini, sekali gus menjadi antara tumpuan kali ini.

Penampilan unik itu bukan sahaja mencuri perhatian penonton, malah mencetuskan suasana meriah apabila orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gelagat peserta berkenaan.

Selain itu, kelibat ‘Kakak Bomba’ yang tampil segak dalam barisan kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut mencuri perhatian pengunjung apabila menerima sorakan gemuruh ketika lintas hormat.

Image from: Giliran ‘Kakak Bomba’, ‘Kakak Telekung’ pula jadi pilihan rakyat
‘Kakak Bomba’ mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

Kali ini, seramai 69 anggota JBPM mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sambutan tahun ini, sekali gus menampilkan sisi segak dan berdisiplin anggota pasukan itu di hadapan ribuan orang ramai.

Kehadiran kontinjen berkenaan ternyata mendapat perhatian apabila sorakan gemuruh kedengaran daripada pengunjung ketika barisan anggota beruniform itu melintasi pentas kenamaan.

Selain itu, turut kelihatan pelbagai kontinjen sektor ekonomi yang dikenali ramai termasuk Zus Coffee, Munchy’s, Mr. DIY serta CARSOME.

Acara sambutan kali ini dijayakan lebih 10,819 peserta daripada 76 kontinjen selain melibatkan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut serta darat serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE

The post Giliran ‘Kakak Bomba’, ‘Kakak Telekung’ pula jadi pilihan rakyat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved