[VIDEO] Panglima TUDM membelah ruang udara Putrajaya

31 Aug 2026 • 2:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Panglima TUDM membelah ruang udara Putrajaya

PETALING JAYA – Ketika laungan semangat kemerdekaan bergema di bumi, deruman Sukhoi SU-30MKM pula menggegarkan ruang udara Putrajaya apabila Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris tampil mengetuai pertunjukan udara sempena Hari Kebangsaan ke-69, hari ini.

Lebih mencuri perhatian, Muhamad Norazlan turut menyampaikan ucapan secara langsung dari kokpit pesawat pejuang berkenaan ketika mengetuai lintas hormat dan pertunjukan udara TUDM.

“Ampun Tuanku dan salam sejahtera rakyat Malaysia. Saya, Panglima Tentera Udara, serta seluruh perwira-perwira udara, berdiri teguh di angkasa demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Biar darah, keringat dan jiwa menjadi taruhan, Malaysia tetap kami pertahankan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan ucapan Hari Kebangsaan ke-69 sebelum melanjutkan persembahan udara.

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69, Malaysia Madani, kesejahteraan dinikmati. Duty, honour, sacrifice (tugas, kehormatan, pengorbanan). Ampun, Tuanku,” katanya.

Aksi beliau di udara turut mendapat perhatian orang ramai dan pengguna media sosial, termasuk anak-anak para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengguna Threads @mz_salbee meluahkan rasa bangga terhadap pengorbanan bapanya yang juga pesara Tentera Darat selain memberi tabik hormat kepada Panglima TUDM atas penglibatan dalam persembahan udara kali ni.

“Bangga menjadi anak perempuan kepada seorang veteran Tentera Darat. Pengorbanannya adalah kebanggaan saya.

“Tabik hormat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya.

“Aku menangis bahagian (ucapan) ini. Bangga jadi rakyat Malaysia,” kata @Wanwnk.

Seorang lagi pengguna meluahkan rasa terharu apabila Panglima TUDM bersama-sama turun padang mengendalikan pesawat pejuang demi menjayakan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

“Rasa meremang kan bila lihat seorang yang menjadi ketua pada unitnya berkorban bukan hanya pada kerjaya tapi untuk tampilkan persembahan pada hari Merdeka yang bersejarah ini.

“Semoga anggota keselamatan yang hebat tak kira apa pangkat yang mereka sandang membuatkan generasi muda minat untuk menjadi pelapis mereka. Salute (tabik) pada mereka yang menggalas tanggungjawab pada negara. Tak kisah la apa jawatan anda, anda hebat menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat,” katanya.

Pertunjukan udara TUDM itu menjadi antara acara yang mencuri tumpuan sepanjang sambutan apabila deruman pesawat pejuang bergema di ruang udara Putrajaya, selain memperlihatkan keupayaan serta kesiapsiagaan pasukan pertahanan udara negara. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Panglima TUDM membelah ruang udara Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved