GLIC labur RM2 billion untuk perkasa syarikat bumiputera

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: GLIC labur RM2 billion untuk perkasa syarikat bumiputera

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan melabur sebanyak RM2 bilion untuk memperkasa syarikat bumiputera.

Memberikan contoh, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan membantu syarikat bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik.

“Dana Ciptawan RM250 juta diwujudkan oleh Khazanah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan bumiputera,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, kerajaan juga akan membangunkan taman solar berpusat dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk memberi peluang kepada syarikat bumiputera pembinaan, kejuruteraan dan penyelenggaraan.

“Melalui projek solar LSS6, 150 megawatt dikhususkan kepada syarikat bumiputera bagi menyokong mereka dalam industri tenaga bersih.

“Program 10 Juara Bumiputera diteruskan dengan peruntukan RM40 juta bagi membangunkan 15 syarikat berpotensi menjelang tahun 2027,” katanya. – UTUSAN 

 

The post GLIC labur RM2 billion untuk perkasa syarikat bumiputera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved