“Go Away, I Don’t Want To See You”- Tuanku Muhriz Murka , Tidak Mahu Terima Ismail Lasim Menghadap [Video]

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Go Away, I Don’t Want To See You”- Tuanku Muhriz Murka , Tidak Mahu Terima Ismail Lasim Menghadap [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (16 Oktober) tular beberapa rakaman video memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir murka terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk menghadap baginda.

Titah baginda itu dipercayai dirakam selepas solat Jumaat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz persoal MB mahu datang menghadap

Dalam video itu, Tuanku Muhriz mempersoalkan tujuan Ismail Lasim datang menghadap baginda selepas didakwa menyatakan baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Selagi dia tidak tarik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya.

“Ismail Lasim telah tulis surat kepada Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja mengatakan keputusan yang dia buat bersama Exco adalah sah dan saya bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Jadi, datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa dia kata itu, jangan datang jumpa saya. Pergi, jangan jumpa saya, saya tidak mahu jumpa kamu, faham?,” ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Pun begitu, tidak dipastikan apakah butiran yang disebut dalam video itu.

Ismail Lasim sebelum ini sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Pada September lalu, Ismail Lasim telah mengesahkan mengenai proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurut beliau, perkara terbabit diputuskan sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri (MMK) pada 15 September yang lalu.

“Pada hari ini, saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang sudah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli EXCO secara sebulat suara pada mesyuarat MMK pada Selasa lalu.

“Proses pewartaan sudah pun kita minta untuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk teruskan mengikut peraturan sedia ada. Itu saja,” katanya.

Namun Dewan Keadilan Undangan (DKU) Negeri Sembilan kemudiannya menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved