Ismail Lasim Kongsi Pesanan Khutbah Jumaat Tentang Penghayatan Makna Sujud

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 9:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ismail Lasim Kongsi Pesanan Khutbah Jumaat Tentang Penghayatan Makna Sujud

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh hari ini.

Ismail Lasim Kongsi Pesanan Khutbah

Menerusi hantaran di Facebook, Ismail berkata, beliau menghargai peranan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah, bukan sahaja dalam mengimarahkan syiar Islam, malah sebagai tempat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Image from: Ismail Lasim Kongsi Pesanan Khutbah Jumaat Tentang Penghayatan Makna Sujud

Beliau turut berkongsi pesanan khutbah Jumaat bertajuk "Membenteng Jiwa dengan Solat" yang menyentuh kepentingan solat dalam membentuk kekuatan jiwa dan akhlak mulia.

"Khutbah Jumaat bertajuk 'Membenteng Jiwa dengan Solat' mengingatkan kita bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga asas dalam membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak yang mulia.

"Khatib berpesan, orang yang benar-benar menghayati makna sujud akan berusaha menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman.

"Dia menyedari bahawa setiap manusia ialah hamba Allah SWT yang wajib dihormati haknya dan diperlakukan dengan adil.

"Sujud juga melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan," katanya.

Image from: Ismail Lasim Kongsi Pesanan Khutbah Jumaat Tentang Penghayatan Makna Sujud
Kredit: Dato' Ismail Bin Lasim

Dalam pada itu, Ismail turut berharap agar umat Islam terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah, memelihara akhlak serta menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

Baca juga:

"Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah dalam ibadah, memelihara akhlak dan menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved