
PETALING JAYA: Skuad hoki remaja negara mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia Remaja 2026 selepas menundukkan tuan rumah, China 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Moqi, hari ini.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Safwan Salihe menerusi gol padang seawal minit kelapan.
Malaysia mara ke separuh akhir selepas menamatkan kempen peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang Pakistan yang mengutip 12 mata maksimum.
Skuad hoki negara akan bertemu juara Kumpulan A, India dalam aksi empat terbaik pada Jumaat ini dan kejayaan mara ke peringkat separuh akhir turut membolehkan Malaysia layak beraksi secara merit di Piala Dunia Remaja 2027. – UTUSAN
The post Gol Safwan bawa Malaysia ke separuh akhir appeared first on Utusan Malaysia.






