Golongan muda perlu pelajari AI, jangan terperangkap pemikiran lapuk

LocalTechnology
3 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Golongan muda perlu pelajari AI, jangan terperangkap pemikiran lapuk

KUALA LUMPUR: Golongan muda dituntut untuk menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) secara serius dengan tidak lagi terperangkap corak pemikiran lapuk yang merosakkan nilai moral serta masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan teknologi baharu penting bagi memastikan negara tidak terus ketinggalan atau sekadar menjadi pengikut dalam arus pemodenan global.

Malah katanya, AI dan teknologi baharu memberi impak terhadap landskap kehidupan dan ekonomi masa hadapan.

“Saya sebut, kita mesti menguasai AI. Jika tidak, AI akan menguasai kita. Jadi bagaimana caranya? Beri ruang untuk anak-anak menguasai ilmu itu secara serius,” katanya semasa berucap dalam Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut menggesa generasi muda membina kesedaran baharu yang berteraskan disiplin tinggi serta tekad yang utuh demi kesejahteraan diri, keluarga dan negara.

Jelas beliau, pembentukan generasi baharu yang berfikiran kritis dan berintegriti amat penting bagi menggantikan nilai-nilai negatif yang pernah membelenggu masyarakat sebelum ini.

“Bayangkan kalau yang hadir di sini mewakili generasi kini dan akan datang ada kesedaran baharu disiplin yang baik, tekad yang bulat untuk diri saudara, keluarga dan anak-anak.

“Jadi kita ada satu generasi yang minda dan pemikirannya berbeza daripada pemikiran lapuk. Pemikiran dulu yang menganggap rasuah tidak apa, mencuri tidak apa, menzalimi tidak apa, membiarkan rakyat dibodohkan pun tidak apa. Tidak lagi. Ini adalah angkatan baharu, generasi baharu dengan tekad baharu ,” ujarnya. – UTUSAN

The post Golongan muda perlu pelajari AI, jangan terperangkap pemikiran lapuk appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved