Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang ini

LocalEnvironment
17 Oct 2026 • 2:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang ini

SHAH ALAM, 17 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu cuaca sama dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Antara Kawasan terlibat di Perak ialah Selama, Hulu Perak, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Muallim, Kinta, Kampar dan Batang Padang manakala Kelantan (Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman dan Besut) serta Pahang (Temerloh, Maran, Rompin, Bera, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Kuantan dan Bentong).

Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Jelebu dan Rembau sementara Johor (Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang).

Sarawak pula membabitkan Sri Aman (Lubok Antu), Limbang, Mukah, Sarikei, Sibu, Betong (Kabong dan Saratok), Bintulu (Tatau), Miri (Miri, Marudi, Subis dan Beluru) sementara Sabah: Pedalaman (Beaufort, Sipitang, Membakut dan Tambunan), Tawau (Kunak, Tawau, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Paitan), Kudat, Pantai Barat.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Image from: Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang ini
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved