“Good Job Uncle!” – Ramai Puji Lelaki Terus ‘Call’ Pihak Berkuasa Selepas Lihat Lori Dipandu Secara Bahaya [Video]

LocalCars
9 Jul 2025 • 3:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Belakangan ini, semakin banyak kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku melibatkan kenderaan berat seperti treler dan bas persiaran.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan seperti masalah teknikal pada kenderaan berat itu dan sebagainya. Namun, tidak dinafikan bahawa sikap pemandu yang memandu secara laju, mengantuk atau di bawah pengaruh dadah juga boleh menjadi punca.

Sebagai pengguna jalan raya pula, kita perlu lah sentiasa berwaspada dengan keadaaan sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan pemandu-pemandu yang memandu secara berbahaya.

Tular pemandu terus ‘call’ pihak berkuasa, selepas lihat lori dipandu secara bahaya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu kenderaan berat menghubungi pihak berkuasa selepas menyedari lori di hadapanya memandu secara berbahaya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh lelaki itu di akaun TikTok miliknya @enghenglima6, kelihatan lori terbabit dipandu secara ‘terhuyung-hayang’ di lorong kiri lebuh raya itu.

Susulan itu, lelaki terbabit menghubungi pihak berkuasa untuk memantau lori berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2 Julai lalu di Lebuhraya Plus arah Selatan ketika waktu awal pagi.

Lori dipandu terhuyung-hayang hampir langgar kenderaan lain

Apa yang lebih membahayakan lagi, kelihatan di dalam video lori terbabit juga hampir melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak di lorong kanan semasa ingin memotongnya.

Lelaki terbabit turut bertindak membunyikan hon beberapa kali dan memberi lampu tinggi untuk menyedarkan pemandu lori berkenaan yang dipercayainya sedang mengantuk.

“Haa tengok-tengok, semua orang sudah hon, dia lagi makan jalan tak nak berhenti. Awak boleh panggil orang (anggota) datang tengok,” katanya.

Ramai puji tindakan uncle terus hubungi pihak berkuasa

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen juga memberikan pujian kepada lelaki berkenaan kerana prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera.

image is not available

image is not available

image is not available