Peniaga Kecewa Dakwa Pelanggan Beli Burger Sehingga RM177 Tapi ‘Liat’ Nak Bayar

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2025 • 5:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap usahawan yang menjalankan perniagaan pasti ingin mendapatkan keuntungan bagi setiap jualannya.

Meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi ekonomi, kerenah pelanggan dan sebagainya namun peniaga sentiasa tabah dan meneruskan perniagaan yang dijalankan.

Namun dalam berniaga ada juga peniaga yang ‘terkena’ dengan sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Peniaga luah kecewa dakwa ada pelanggan tak bayar burger hingga rugi RM177

Baru-baru ini, seorang peniaga burger di Bandar Tasik Puteri, Rawang telah meluahkan rasa kecewanya apabila mendakwa ditipu oleh seorang pelanggan sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sekitar RM177.

Jelas peniaga yang dikenali sebagai Hasiba Fariza, 32, modus operandi individu berkenaan adalah memesan dalam kuantiti yang banyak menerusi online.

Ujarnya, sebaik menerima pesanan itu dari penghantar makanan, individu yang berusia sekitar 20-an itu langsung tidak membuat pembayaran.

Bagi banyak alasan bila minta bayar makanan

Malah individu itu turut memberikan pelbagai alasan untuk membayar makanan itu.

“Memang dia (pelaku) pelanggan kami. Sebelum ni ada sahaja dia bayar. Mulai bulan Mei, dia mula buat pesanan tanpa bayar. Saya tak perasan mula-mula sebab tempahan terlalu banyak.

“Tapi dalam bulan lepas, saya perasan dia tak bayar sebab pesanan dalam kuantiti banyak. Jumlah dia tak bayar pada saya sekarang adalah RM177 untuk burger sahaja,” jelasnya, lapor Kosmo.

Kata peniaga itu sepanjang berniaga daripada 2006 ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan isu membabitkan jumlah wang yang banyak.

Dah desak siap bagi nombor akaun namun individu terbabit masih tak bayar

Malah menurutnya meskipun sudah memberikan nombor akaun untuk mendesak lelaki berkenaan membayar semua hutang namun Hasiba masih lagi belum menerima sebarang bayaran sehingga kini.

“Dia kerap bagi alasan, dia kata bos dia nak bayarkanlah, tak terima gaji lagilah. Saya tak kenal waris atau kenalan dia. Bila dah kerap sangat bagi alasan, akhirnya saya buat laporan polis,” jelasnya lagi.

Hasiba kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Meru, Klang dan kes dirujuk ke Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak.

Sebelum ini, Hasiba telah memuat naik luahannya itu di grup Facebook dan ia kemudian menjadi tular di platform berkenaan.

Ada juga peniaga lain dakwa ditipu individu sama

Hasiba dalam masa sama turut memaklumkan selepas hantarannya itu tular, dia menerima lebih daripada 10 mesej dan panggilan telefon daripada mangsa yang juga peniaga mendakwa mereka ditipu dengan individu sama.

Oleh itu dia berharap peniaga lain tidak tertipu dengan individu berkenaan dan berharap agar polis dapat mengambil tindakan wajar terhadap lelaki itu.

image is not available

Source: