China mula memberitahu pembekal rantaian bekalan mereka akan mula memindahkan pengeluar telefon Pixel, jam tangan pintar dan fon telinga keluar dari China bermula 2027 menurut laporan Nikkei Asia. Ini adalah disebabkan faktor geopolitik ketegangan hubungan antara China dan Amerika Syarikat menyebabkan peningkatan kos menerusi tarif yang dikenakan.

Operasi pengeluaran akan dipindahkan selepas ini ke Vietnam dan India dengan ia sebahagian daripada strategi kepelbagaian rantaian bekalan. Google menyasarkan untuk meningkatkan jumlah penghantaran telefon pintar Pixel dengan mengurangkan pergantungan kepada China.
Langkah diambil Google adalah sama dengan diambil Apple tahun lalu. IPhone untuk pasaran Amerika Syarikat dikeluarkan sepenuhnya di India bagi mengelakkan tarif import serta pada waktu yang sama menerima insentif cukai menerusi inisiatif Made in India.
Sebelum ini pengeluaran dipindahkan keluar dari China bagi mengelakkan gangguan seperti yang berlaku semasa pandemik. Dengan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China masih tidak nampak penghujungnya, pemindahan keluar kini adalah disebabkan faktor mengurangkan kos.





