Google Akan Menamatkan Sokongan Chrome Untuk macOS 11

TechnologyDigital
14 Jul 2025 • 10:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini dilihat akan menamatkan sokongan pelayar web Chrome untuk sistem operasi macOS 11 tidak lama lagi. Versi pelayar web Chrome terakhir yang boleh digunakan oleh pengguna macOS 11 adalah versi Chrome 138.

Bermula Chrome 139 yang dijadualkan pada 30 Julai 2025 kelak, para pengguna macOS 11 tidak lagi akan disokong, dan akan diperlukan untuk menaik-taraf sistem operasi mereka sebelum dapat terus menggunakannya.

macOS 11 telah diperkenalkan pada 2020 yang lepas. Ia menjadi kebiasaan untuk pembangun perisian menamatkan sokongan selepas suatu fasa – disebabkan oleh angka pengguna yang rendah, dan juga teknologi yang lama yang sukar disesuaikan dengan versi baharu.