Google Chrome Tamatkan Sokongan Untuk Android 8 Dan Android 9

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Chrome kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk dua versi Android yang lama, iaitu Android 8.0 Oreo dan juga Android 9.0 Pie. Google mengatakan Chrome 138 akan menjadi versi terakhir yang menyokong kedua-dua sistem operasi berkenaan.

Bermula Chrome 139 yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada 5 Ogos 2025 kelak, Google Chrome akan memerlukan versi Android 10 sebagai versi minima sebelum boleh digunakan.

Android 8 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2017 yang lepas, sementara Android 9 pula diperkenalkan pada 2018 yang lepas. Versi paling terkini yang ditawarkan Google adalah Android 16.

Bagi pengguna yang menggunakan peranti lama, anda dinasihatkan untuk kemaskini ke versi terbaru untuk terus menggunakan Google Chrome.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved