Google sebelum ini sedia menawarkan pelayar web Chrome dengan kemaskini ditawarkan hampir setiap empat minggu sekali. Ini sekaligus membolehkan mereka menawarkan pelbagai penambah-baikkan dari segi sekuriti, selain ciri baharu dengan pantas.

Namun, dengan perkembangan teknologi masa kini, Google ingin mempercepatkan lagi pengenalan versi Chrome, dan menyatakan akan beralih kepada jadual pembangunan baharu setiap dua minggu. Dengan langkah ini, ia akan memfokuskan kepada kestabilan, kelajuan dan juga kemudahan untuk penggunaan pelayar web berkenaan.
Ini juga mungkin memperlihatkan langkah Google dalam mengintegrasikan sokongan Gemini dengan lebih menyeluruh, sekaligus bersaing dengan pelbagai penyedia pelayar web berasaskan kecerdasan buatan lain.
Google mengatakan jadual pelancaran baharu ini akan berkuat-kuasa bermula Chrome 153 yang dijadualkan pada awal September 2026 kelak.

