Google Fitbit Air Dilancarkan Tanpa Skrin dan Bateri Tahan Seminggu

TechnologyHealth & Fitness
8 May 2026 • 9:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Fitbit Air dilancarkan dengan ia adalah seutas penjejak kesihatan tanpa skrin yang menyasarkan pemakaian selesa sepanjang hari dan bateri yang tahan selama seminggu. Ianya ringan hanya seberat 12 gram dengan saiz 25% lebih kecil daripada Fitbit Luxe dan 50% lebih kecil daripada Fitbit Inspire 3.

Image from: Google Fitbit Air Dilancarkan Tanpa Skrin dan Bateri Tahan Seminggu

Fokus Fitbit Air ialah kepada pemantauan pasif tanpa butang atau skrin tetapi masih boleh melakukan pemantauan kadar denyutan nadi sepanjang hari, penjejakan tidur, HRV, boleh mengesan tanda AFib melalui notifikasi irama jantung tidak teratur dan memberikan markah tidur pemakai.

Image from: Google Fitbit Air Dilancarkan Tanpa Skrin dan Bateri Tahan Seminggu

Tubuh Fibit Air boleh melepasi kalis air sehingga 50 metr dengan bateri bertahan sehingga seminggu. Pengecasan sepenuhnya boleh dilakukan dalam masa 90 minit sementara pengecasan 5 minit boleh bertahan selama sehari.

Image from: Google Fitbit Air Dilancarkan Tanpa Skrin dan Bateri Tahan Seminggu

Aktiviti sukan dan senaman seperti berbasikal, berlari, berjalan, mengayuh sampan, mesen elliptical dan sukan intensiti tinggi boleh dikesan secara automatik. Sebanyak 40 aktiviti lain seperti aerobik, yoga, dan tinju pula boleh dijejak secara manual. Disamping itu sehingga 140 aktiviti tambahan seperti melakukan kerja rumah juga boleh ditambah sendiri untuk penjejakan.

Google Fitbit ditawarkan dengan gelang Performance Loop, Active silicone, dan Elevated Modern Band pada harga $100 seutas dengan langganan Google Health Premium percuma selama 3 bulan.

Image from: Google Fitbit Air Dilancarkan Tanpa Skrin dan Bateri Tahan Seminggu