Rekaan Samsung Galaxy Glasses Tertiris

TechnologyDigital
28 Apr 2026 • 9:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan cermin mata pintar Samsung Galaxy Glasses akhirnya tertiris menerusi laman Android Headlines pagi ini. Yang tertiris ialah cermin mata yang menggunakan kod pembangunan Jinju yang akan dilancarkan tahun ini dengan ia mempunyai banyak persamaan dengan Ray-Ban Meta.

image is not available
Samsung Galaxy Glasses Jinju

Jinju kelihatan seperti cermin mata pintar biasa tanpa skrin terbina pada bahagian lensa. Ia dilengkapi kamera, speaker dan sokongan sistem kecerdasan buatan (AI) daripada sistem operasi Android XR. Dalam laporan Android Headlines, Jinju dikatakan menggunakan cip Snapdragon AR1, hadir dengan kamera 12MP Sony IMX681, bateri 155 mAh, berat sekitar 50 gram dan lensa yang berubah menjadi gelap apabila terkena cahaya.

Rekaan bingkai adalah menerusi kerjasama Samsung dengan Warby Parker dan Gentle Monster. Apabila dilancarkan kelak, Jinju akan dijual pada harga bermula sekitar $380 (~RM 1500) sepasang.

image is not available
Samsung Galaxy Glasses Jinju

Kemudian pada tahun 2027 pula, cermin mata pintar Haean pula dilancarkan dengan paparan micro‑LED terbina pada lensa dan ia akan dijual pada harga bermula sekitar $600 (~RM 2372) sepasang.

Adalah dipercayai cermin mata pintar Samsung Galaxy Glasses Jinju akan dilancarkan di acara Samsung Unpacked bulan September depan bersama dengan Samsung Galaxy Z Flip8, Z Fold8 dan Z Fold8 Wide.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved