Google Form Kelak Akan Memberikan Ciri Menghasilkan Borang Dengan Bantuan AI

TechnologyDigital
5 Sep 2024 • 4:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Form dilaporkan akan menawarkan ciri baru kepada pengguna dengan bantuan Gemini, iaitu keupayaan untuk membantu pengguna membuat borang secara automatik. Menerusi ciri ‘Help Me Create a Form’ ini, pengguna hanya perlu memberikan penerangan ringkas tentang tujuan borang yang ingin mereka hasilkan.

image is not available

Sebagai contoh, ‘borang penyertaan untuk pergi berkhemah hujung minggu ini’. Kemudian, Gemini akan secara automatik menyusun pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan seperti nama peserta, emel dan pelbagai lagi soalan yang bersesuaian. 

Bantuan Gemini dalam proses penghasilan Google Form ini pastinya cukup berguna dengan pengguna kelak tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk memikirkan soalan-soalan yang berkaitan kerana Gemini akan melakukannya secara automatik. Soalan-soalan yang dibuat pula akan disesuaikan dengan konteks borang yang ingin dihasilkan.

Namun, buat masa ini ciri ini masih berada pada tahap ujian di Workspace Labs. Namun, Google merancang untuk melancarkan ciri ini dengan lebih meluas agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat. Ciri ini sekaligus akan menjadikan proses membuat borang menjadi lebih mudah, cepat dan efisien.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved