Windows Recall Tidak Boleh Dibuang Oleh Pengguna

TechnologyDigital
3 Sep 2024 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri WIndows Recall akan diberikan kepada pengguna Windows Insider untuk ujian fasa kedua pada Oktober depan. Perancangan asal menawarkannya kepada semua Copilot+ PC telah ditangguhkan selepas beberapa isu mengenai sekuriti dan privasi muncul. Pengguna yang sudahpun menerima akses awal Recall kini melaporkan terdapat pilihan untuk menyahpasang aplikasi kecerdasan buatan (AI) ini daripada PC mereka.

image is not available

Tetapi Microsoft telahpun mengesahkan ini adalah sekadar pepijat. Pada versi penuh Recall yang akan diberikan kepada semua pengguna kelak, ia tidak boleh dinyahpasang. Pengguna sekadar boleh menyahaktifkannya jika risau mengenai risiko aplikasi mengambil tangkapan layar maklumat yang ingin dirahsiakan,

Recall dilancarkan sebagai ciri yang boleh mengingati laman yang telah dilawati, maklumat dalam emel dan juga gambar yang disimpan di dalam komputer. Tetapi kerana tangkapan layar tidak disulitkan, ia boleh dicuri penggodam untuk melakukan pencurian identiti. Sehingga kini Microsoft belum mengumumkan bilakan Recall akan diberikan kepada semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved