Google Gemini Live Kini Boleh Digunakan Pada Mana-Mana Peranti Android Di Malaysia

TechnologyDigital
22 Aug 2024 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dikemaskini 22 Ogos 2024, jam 1:57 PM: Selepas mengemaskini sistem dan pelbagai aplikasi di Play Store, peranti Oppo Find N3 yang sedang saya gunakan dan juga Nothing Phone (2a) turut mula boleh mengakses Gemini. Ia terus menyimpan suara yang telah ditetapkan dalam peranti Samsung. Prestasi dan cara akses adalah sama, cuma tambahan menarik pada peranti Nothing, GLYPH akan menyala setiap kali Gemini bercakap.

image is not available
Gemini Live pada Oppo Find N3 dan Nothing Phone (2a), akaun Google memerlukan langganan AI Premium


Gemini Live adalah chatbot AI Google yang dikuasakan dengan Gemini yang membolehkan pengguna berbual seperti bersama dengan kawan. Gemini Live akan mengenal-pasti konteks dalam mendapatkan pelbagai maklumat, serta berbual bersama termasuk cuba berfikir dan bernafas seakan manusia. Ketika ia diperkenalkan, di Malaysia hanya peranti Pixel sahaja boleh gunakan dan kini giliran peranti Samsung pula.

image is not available

Ciri ini sudah diberikan kepada pengguna Samsung di Amerika yang menggunakan Gemini dalam bahasa Inggeris. Pagi tadi, sedang saya matikan penggera dan tertekan dan tahan butang kuasa – Gemini Live muncul secara tiba-tiba pada peranti Samsung Galaxy Z Flip6 yang sedang saya gunakan. Ia membawakan ciri dan fungsi yang sama Google demo pada pelancaran Pixel 9 lepas.

image is not available

Gemini Live dilihat adalah pesaing kepada ChatGPT-4o, ia boleh memahami konteks perbualan dengan manusia yang cukup baik. Selain turut boleh berbual secara berterusan cuma ia tidak cukup cekap seperti ChatGPT-4o berdasarkan maklum balas orang ramai. Apa-apa pun, Gemini Live adalah ciri yang menarik cuma buat masa sekarang ia terhad kepada pelanggan Google One AI Premium yang berharga RM97.99 sebulan serta masih tidak memahami emosi pengguna.