WhatsApp Menguji Ciri Interaksi Suara Dengan Meta AI

TechnologyDigital
2 Aug 2024 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna WhatsApp berinteraksi dengan chatbot Meta AI menggunakan suara. Sebelum ini Meta AI hanya boleh berinteraksi dengan pengguna menggunakan teks yang ditaip. Chatbot Meta AI kemudian akan membalas mesej yang ditaip dalam bentuk teks sahaja pada ketika ini.

Ciri ini hanya diberikan kepada sekumpulan kecil pengguna WhatsApp beta versi 2.24.16.10 untuk Android. Pengguna yang telah mendaftar program Beta Google Play akan dapat mengakses antara muka ruang sembang dan melihat ikon mesej suara Meta AI.

image is not available

Ciri ini dilihat berguna untuk pengguna WhatsApp yang memiliki kesukaran untuk menaip dengan ia menawarkan cara yang lebih mudah untuk berinteraksi dengan AI. Cara untuk menggunakan ciri ini juga dikatakan sama dengan ciri mesej suara sedia ada dengan memerlukan pengguna untuk menekan dan menahan butang untuk bercakap dan kemudian melepaskannya sebaik sahaja selesai.

Buat masa ini masih belum diketahui berapa bahasa yang akan disokong dalam ciri mesej suara dengan Meta AI ini. Meskipun, ciri ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang mendaftar program Beta Google Play sahaja, rancangan untuk membolehkan agar semua pengguna dapat menggunakan ciri ini adalah dalam beberapa minggu yang akan datang.