Google Melesenkan Teknologi Windsurf – Syarikat Memfokuskan Pengaturcaraan Dikuasakan AI

TechnologyDigital
14 Jul 2025 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini membuat kejutan dengan mengumumkan akan melesenkan teknologi Windsurf, iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengaturcaraan dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, Google juga mengambil beberapa pekerja dari syarikat berkenaan, termasuk CEO Windsurf yang akan menyertai Google.

Kebelakangan ini, pelbagai syarikat mula bersaing dalam mendapatkan bakat-bakat dan kepakaran dalam arena kecerdasan buatan ini. Selain Meta, nampaknya Google turut tidak ketinggalan dan bersaing dalam mendapatkan bakat dan pengetahuan teknologi.

Sebelum ini, ia diperkatakan OpenAI dalam perbincangan mengambil-alih Windsurf. Namun, perkara berkenaan nampaknya tidak berhasil, dan pasukan serta teknologi berkenaan akan ke Google.

Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat penawaran sokongan pengaturcaraan dikuasakan kecerdasan buatan lebih baik di Google. Sebelum ini, Google sedia menawarkan khidmat penjanaan antaramuka aplikasi dan web dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Stitch.