Google Mengembangkan Ciri “School Time” Ke Peranti Android – Had Akses Peranti Ketika Waktu Sekolah

TechnologyDigital
2 Aug 2024 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

School time adalah ciri baharu di bawah Google Family Link, di mana ibu bapa boleh mengehadkan penggunaan peranti anak-anak ketika waktu persekolahan. Ciri ini terhad kepada Fitbit Ace LTE dan terbaru Google telah mengembangkan ciri ini ke telefon dan tablet Android serta jam Wear OS Samsung Galaxy Watch.

image is not available

Dengan ciri ini ibu bapa boleh mengehadkan aplikasi mana yang boleh diakses serta dengan siapa panggilan telefon dan pemesejan boleh dilakukan. Anak-anak akan melihat skrin hitam dan senarai aplikasi yang mereka boleh akses. Ibu bapa turut boleh mematikan ciri ini pada bila-bila masa. Pada masa yang sama, untuk anak-anak remaja – ibu bapa kini boleh memantau aktiviti penggunaan YouTube mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved