Google Mengetatkan Fungsi Factory Reset Protection Untuk Mengekang Penjualan Peranti Dicuri

TechnologyDigital
14 May 2025 • 5:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama dengan pelbagai ciri-ciri baru yang diperkenalkan dengan sistem operasi Android 16 yang terbaru, Google turut mengumumkan bahawa mereka telah mengetatkan lagi fungsi Factory Reset Protection untuk pemilik-pemilik peranti pintar Android.

Fungsi Factory Reset Protection telah diperkenalkan sejak Android 5.1 Lollipop yang memastikan hanya pemilik peranti boleh set semula peranti tersebut untuk tujuan jualan ataupun diberikan kepada pemilik baru.

Terkini, ciri Factory Reset Protection telah dikemaskini dengan ciri keselamatan baru dimana sekiranya sebuah peranti diset semula melalui menu pemulihan Android ataupun ciri Find My Device, peranti tersebut akan meminta pemilik untuk log masuk kedalam akaun Android pemilik ataupun memasukkan kod laluan peranti selepas ia diset semula.

image is not available

Kegagalan untuk melakukan mana-mana pengesahan sekuriti ini akan menyebabkan peranti tersebut Android tidak boleh diakses langsung, dan tidak lagi boleh digunakan sehingga langkah tersebut dilakukan.

Pada Android 15, walaupun peranti boleh digunakan selepas peranti diset semula, sekiranya proses tersebut tidak dilakukan melalui menu tetapan, ia tidak akan membenarkan pengguna untuk melog masuk dalam akaun baru, memasang aplikasi baru ataupun memasang skrin kekunci baru.

Dengan kemaskini terbaru ini, ia diharapkan bahawa penjualan peranti Android yang dicuri adalah lebih sukar untuk dilakukan kerana teknik-teknik set semula sebelum ini sudahpun disekat sebaik yang mungkin.