
Google sering kali mengemaskini halaman utama mereka dengan rekaan logo khas, dipanggil “Doodle”, bersempena dengan sesuatu sambutan. Hari ini, bersempena dengan Hari Kebangsaan 2026 atau Hari Merdeka 2026, Google turut mengemaskini halaman utama dengan doodle khas bersempena dengannya.

Namun, rekaan yang digunakan adalah rekaan sama seperti tahun 2025 yang lepas, dan tiada rekaan baharu yang diperkenalkan. Untuk makluman, rekaan yang digunakan juga adalah rekaan yang sama seperti sambutan di negara-negara lain, dimana ia menggunakan tulisan Google bercorak awan di belakang, dan menyertakan bendera berkibar dihadapan. Google dilihat menggunakan perubahan pada bendera sahaja pada bahagian doodle mereka, dan tidak lagi hadir dengan rekaan unik seperti beberapa tahun sebelum ini.
Mungkin dengan ledakan kecerdasan buatan dan lain-lain, kita mungkin melihat kembali Google hadir dengan rekaan unik untuk setiap negara dalam sambutan hari kebangsaan pada masa akan datang.






