Kementerian Komunikasi Jelaskan Isu Kehadiran Tun M, Tiada Jemputan Automatik Untuk Bekas PM

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 9:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kementerian Komunikasi tampil menjelaskan persoalan mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini, termasuk persoalan mengapa bekas Perdana Menteri itu tidak menerima jemputan rasmi.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, berdasarkan pengesahan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri, terdapat tatacara pengurusan jemputan yang ditetapkan bagi Sambutan Hari Kebangsaan.

Advertisement

t3e

Menurutnya, berdasarkan amalan sejak 2018, jemputan ke sambutan berkenaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.

“Berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.

“Walau bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Halim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 berkata penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan mengenai kehadiran Dr Mahathir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pagi tadi.

Tun M Dimaklumkan Akan Ke Luar Negara

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata pihak urus setia sebelum ini turut menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri bahawa Dr Mahathir akan berada di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.

tun M

Menurutnya, perkara itu berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang telah diterima dan diluluskan Perdana Menteri.

Kemudahan tersebut adalah selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237]. – MG

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azizulhasni2026-08-30 09:06:08

Majlis Sukan Negara Bidas Datuk Azizulhasni Awang, Sifatkan Atlet Berbasikal Itu Tidak Bertanggungjawab

The post Kementerian Komunikasi Jelaskan Isu Kehadiran Tun M, Tiada Jemputan Automatik Untuk Bekas PM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved