Ramai tidak mempunyai masa untuk membaca teks panjang di tahun 2023. Kandungan lebih pendek dan kompak menjadi pilihan bagi memudahkan topik baharu dihadamkan dalam masa singkat. Google hari ini telah mengumumkan ciri meringkaskan kandungan artikel di laman web dan juga penerangan definisi baharu menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif.

Ciri baharu ini diperkenalkan di bawah payung Search Generative Experience (SGE) yang diberikan kepada pengguna tiga bulan lalu. Menerus ciri ringkasan kandungan, SGE akan membaca kandungan sesebuah laman web sebelum menghasilkan nota pendek mengenai subjek yang dipaparkan. Pengguna boleh sekadar membaca ringkasan ini atau menekan beberapa pilihan yang mengasingkan lagi kandungan mengikut topik.

Seterusnya apabila keputusan carian mengenai topik tertentu dipaparkan pada skrin, beberapa frasa yang mungkin tidak difahami akan mempunyai garisan. Apabila frasa ini disentuh, definisinya akan dipaparkan dalam kotak pop naik. Ciri-ciri baharu ini diberikan kepada pengguna di Android, iOS dan desktop sekiranya pengguna mendaftarkan minat menerusi Google Search Labs.
- Sumber
- Google Keywords
