Google Perkenalkan Sistem Pengesahan Umur Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun Di Malaysia

LocalTechnology
27 Oct 2026 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Perkenalkan Sistem Pengesahan Umur Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun Di Malaysia

Dalam usaha meningkatkan keselamatan perlindungan pengguna muda dalam talian, Google memperkenalkan sistem pengesahan umur di Malaysia untuk mengenal pasti akaun milik individu bawah 18 tahun. Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menghadkan pendedahan golongan remaja kepada kandungan yang tidak sesuai serta meningkatkan tahap keselamatan mereka ketika melayari internet.

Image from: Google Perkenalkan Sistem Pengesahan Umur Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun Di Malaysia

Sistem baharu ini menggunakan teknologi pembelajaran mesin untuk menganggarkan umur pengguna menerusi maklumat dan aktiviti dalam akaun mereka. Menurut Google, kaedah tersebut tidak melibatkan pengumpulan data baharu sebaliknya bergantung pada data yang sudah tersedia bagi mengesan akaun yang berkemungkinan milik pengguna bawah 18 tahun.

Jika sistem mengesan seseorang pengguna berusia bawah 18 tahun, beberapa ciri perlindungan akan diaktifkan secara automatik. Antaranya termasuk SafeSearch untuk menapis hasil carian yang sensitif, had akses kepada kandungan tertentu di Google Play dan Gemini serta penutupan iklan yang diperibadikan.

YouTube pula akan mengaktifkan ciri kawalan penggunaan bagi membantu remaja mengurus masa mereka ketika melayari internet. Langkah ini dibuat untuk mengurangkan risiko pendedahan remaja kepada kandungan yang tidak sesuai sambil memastikan pengalaman dalam talian yang lebih selamat mengikut peringkat umur mereka.

(Sumber: Google)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved