Google Personal Intelligence Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

LocalTechnology
15 Apr 2026 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Januari lalu Google Personal Intelligence dilancarkan di Amerika Syarikat dengan ia menggunakan data GMail, penggunaan YouTube, simpanan gambar Google Photos dan juga hasil carian Google untuk memaparkan jawapan carian yang lebih tepat serta diperibadikan dengan pengguna. Hari ini Personal Intelligence akhirnya boleh digunakan di Malaysia oleh pelanggan Google AI Plus, Google AI Pro dan Google AI Ultra.

image is not available

Dengan penawaran ciri ini, ia membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai jawapan berasaskan kepada konteks mereka tersendiri. Misalnya jika anda ingin bercuti ke Pulau Pinang, Personal Intelligence boleh melihat emel hotel yang pernah ditempah atau lokasi percutian kegemaran berdasarkan sejarah lokasi Photos dan carian Search. Jawapan dalam Gemini kemudiannya akan mencerminkan pilihan peribadi pengguna.

Jika anda pemilik kereta pula, anda boleh bertanya apakah tayar kereta paling sesuai dan ia tahu kereta apa yang anda pakai berdasarkan pelbagai maklumat peribadi yang dikumpul. Carian akan menjadi lebih tepat tanpa pengguna memasukkan input terperinci apa yang perlu dicari.

Dengan Personal Intelligence kini boleh digunakan di Malaysia, ia membuka pintu kepada ciri ejen AI pada siri Google Pixel 10 dan Samsung Galaxy S26 yang selama ini hanya ditawarkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat serta Korea Selatan.

Untuk mengaktifkan Personal Intelligence, pergi ke aplikasi Gemini, buka Settings dan pilih Personal Intelligence. Pilih aplikasi yang ingin disambungkan menerusi pilihan. Connected Apps.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved