Google Photos Kini Memaparkan Maklumat Pada Gambar Yang Disunting Menggunakan AI

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 6:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) generatif adalah amat berguna untuk melakukan suntingan pantas pada gambar seperti membuang objek atau mengembangkan saiz gambar berbanding imej asal. Tetapi dengan kita berhadapan dengan isu imej palsu, Google kini mula memaparkan maklumat pada gambar yang disunting menggunakan AI.

image is not available

Pada panel Info gambar, pengguna boleh melihat senarai baharu AI Info. Jika gambar disunting dengan AI, ia akan memberitahu apakah AI yang digunakan serta apakah jenis suntingan yang dilakukan. Setiap gambar yang disunting menggunakan ciri Magic Editor, Magic Eraser dan Zoom Enhance pada Photos akan memaparkan maklumat seperti ini.

Menerusi ciri ini sekurang-kurangnya proses meneka sama ada gambar yang dilihat adalah SOOC ataupun telah dimanipulasi menggunakan pelbagai aplikasi sutingan AI di pasaran sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved