Cip Google Tensor G5 turut dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dengan ia adalah cip Tensor pertama menggunakan teknologi 3nm TSMC. Google belum mendedahkan spesifikasi penuh sekadar mengatakan G5 hadir dengan satu teras CPU prestasi, lima teras pertengahan dan dua teras penjimatan tenaga. Secara keseluruhan CPU G5 adalah 34% lebih pantas berbanding G4.

CPU ini dipadankan dengan TPU yang 60% lebih berkuasa membolehkan siri Pixel 10 menjalankan model terkini Gemini Nano terus daripada peranti. Tambah Google lagi pemprosesan Gemini Nano kini 2.6x lebih pantas tetapi 2x lebih cekap menjalankan aplikasi Pixel Screenshots dan Recorder. Disamping itu, Gemini Nano kini mempunyai 32K tingkat token berbanding hanya 12K tahun lalu. Ini bermakna ia boleh memproses dokumen yang lebih besar.
ISP cip ditambah baik bagi meningkatkan prestasi pengambilan gambar dalam situasi tidak terang dan video. Dengan peningkatan kuasa G5, ciri seperti Add Me, Auto Best Take, 100x Pro Res Zoom, Magic Cue, Call Notes , Scam Detection boleh dilakukan dengan pantas.
