
Ciri Gogle Tap to Share kini secara rasmi dilancarkan pada peranti Pixel 6 dan ke atas. Ia mirip ciri NameDrop pada iPhone dimana gambar, dokumen dan maklumat peribadi boleh dihantar ke peranti lain dengan hanya menyentuh peranti berhampiran.

Ia masih menggunakan protokol Quick Share tetapi tidak lagi perlu menerusi tetapan manual sebelum ini. Ia juga akhirnya membenarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, emel dan gambar profil dihantar terus ke buku alamat penerima sama seperti NameDrop.
Google mengesahkan selepas ini Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8, dan Z Flip8 akan menerima kemas kini Tap to Share dalam masa terdekat. Kemudian ia akan diberikan kepada peranti lain sama seperti sokongan AirDrop menerusi Quick Share yang disokong semakin banyak peranti Android.




