Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

TechnologyDigital
13 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Siri Reno dari OPPO kekal menjadi siri yang popular dari jenama itu. Kini mereka kembali dengan siri Reno16 yang mempunyai beberapa penambahan ciri yang menarik dari sebelum ini. Saya sendiri telah mencuba beberapa siri Reno sebelum ini dan adakah perubahan pada Reno16 ini paling ketara dengan model sebelum ini. Saya akan terangkan semuanya dalam artikel ulasan ini. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Spesifikasi Peranti

OPPO Reno15 5G
SkrinAMOLED, 1B colors, 120Hz, HDR10+
6.32-inci 1256 x 2760 pixels 
(~460 ppi density)
Corning Gorilla Glass 7i
PemprosesSnapdragon 7 Gen 4 (4 nm)
Cip1 x 2.8 GHz Cortex-720
4 x 2.4 GHz Cortex-720 
3 x 1.8 GHz Cortex-520
Cip GrafikAdreno 722
RAM12GB RAM LPDDR5X
RAM Maya (+12GB RAM)
Muatan Dalaman256GB UFS 3.1
Kamera Utama50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS
50 MP, f/2.8, (telefoto), PDAF, OIS,
3.5x optical zoom
50 MP, f/2.2 (ultra-lebar)
Kamera Depan50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
Bateri6700 mAh
80W SUPERVOOC berwayar
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP68/69
Sistem ImbasanImbasan cap jari
Imbasan wajah
Harga JualanRM2499 (8+256 GB)
RM2799 (12+256 GB) 
RM3299 (12+512 GB)

Rekaan

OPPO sentiasa akan memberikan rekaan yang serba baru pada kesemua siri telefon mereka lebih-lebih lagi untuk siri Reno16 ini. Untuk unit yang saya sedang ulas ini berwarna Pop White yang mempunyai rekaan panel belakang yang agak menarik. Ia terdapat kesan 3D yang dapat memberikan ilusi optik untuk menampakkan ia seakan terapung dari panel belakang itu. Ini merupakan satu sentuhan yang agak menarik dan segar. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Panel belakang menggunakan bahan jenis kaca yang berkilat jadi senang untuk melekat cap jari jika anda tidak menggunakan kerangka. Bingkai pula dari bahan jenis aluminium yang membuatkan peranti ini terasa lebih premium. Apa yang saya paling suka adalah saiz peranti ini sendiri yang kompak iaitu sebesar 6.32” sahaja. Ini adalah saiz yang sama dengan iPhone 17. Saiz yang kecil ini memudahkan lagi penggunaan satu tangan dan lebih selesa untuk letak dalam poket. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Dari segi kedudukan butang, ia masih mengekalkan kedudukan yang sama seperti beberapa peranti OPPO sebelum ini namun yang istimewanya kali ini OPPO telah menambah butang Snap Key pada siri Reno untuk kali pertamanya. Port pengecasan USB-C, slot SIM, dan pembesar suara utama masih lagi dibahagian bawah peranti. Pada bahagian atas hanya terdapat sensor inframerah sahaja. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Skrin

OPPO Reno16 ini menggunakan skrin bersaiz 6.32” dan menggunakan panel AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta sokongan HDR10+. Untuk saya, spesifikasi ini sudah cukup baik kerana saiz peranti yang kecil membuatkan kandungan yang dipaparkan pada peranti ini masih lagi kelihatan tajam. Penghasilan warna juga sangat baik untuk kegunaan seharian.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Bezel pada skrin ini juga kelihatan sekata untuk memberikan pengalaman yang lebih memuaskan. Dari segi tahap kecerahan ia boleh naik sehingga 3600nits untuk paparkan kandungan HDR cuma ketika saya menggunakannya di luar saya sering menaikkan tahap kecerahan skrin ini kepada yang paling tinggi lebih-lebih lagi pada keadaan yang terik. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Dari segi perlindungan skrin, OPPO Reno16 menggunakan panel Crystal Guard. Sejujurnya saya tidak pasti seberapa kuatnya kaca ini jika dibandingkan dengan pesaing yang lain, namun selepas beberapa minggu menggunakan peranti ini tiada kesan calar yang ketara dan terlalu kritikal.

Perisian – ColorOS 16

OPPO Reno16 hadir dengan ColorOS 16 berasaskan Android 16 terus dari kotak. Pengalaman penggunaannya masih mengekalkan identiti ColorOS yang saya pernah gunakan pada model OPPO lain, sekaligus menunjukkan bahawa OPPO mampu menawarkan pengalaman yang konsisten merentasi rangkaian peranti mereka. Sepanjang penggunaan, semuanya terasa sangat lancar, sama ada ketika menavigasi antaramuka, melihat animasi, mahupun membuka dan menutup aplikasi.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Antaramuka ColorOS juga tampil dengan rekaan yang ceria dan menawarkan pelbagai pilihan pemperibadian mengikut citarasa pengguna. Saya sendiri menyukai pendekatan OPPO terhadap perisian mereka kerana ia mudah difahami dan tidak membuatkan pengguna berasa kekok, walaupun baru pertama kali menggunakan ColorOS.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Namun begitu, isu aplikasi pra-pasang masih belum hilang sepenuhnya. Bezanya, jumlah aplikasi yang tersedia sebaik sahaja peranti dihidupkan tidak sebanyak yang biasanya ditemui pada model kelas pertengahan OPPO, dan kebanyakannya terdiri daripada aplikasi harian yang memang sering digunakan pengguna.

Oppo memberikan kemas kini 5 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti untuk Reno16 5G yang merupakan sokongan yang sangat baik untuk peranti kelas pertengahan.

Prestasi

OPPO Reno16 ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 dan digabungkan bersama memori sebesar 12GB jenis LPDDR5X berserta dengan storan 256GB UFS3.1. Secara jujurnya peranti ini adalah peranti yang ketiga saya ulas dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 jadi prestasi yang diberikan lebih kurang seperti yang ada pada Nothing Phone (4a) Pro dan juga Realme 16 Pro+. Di bawah ialah senarai beberapa peranti yang serasi dibandingkan dengan Reno16 5G.

  • iQOO Z11 – Snapdragon 7s Gen 4
  • Oppo Reno15 – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Vivo V70 – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Realme 16 Pro+ – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Nothing Phone (4a) Pro – Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
  • Poco X8 Pro – Dimensity 8500 Ultra (4 nm)

AnTuTu 3D

PerantiSkor
Oppo Reno16 5G1,427,573
IQOO Z111,152,162
Oppo Reno151,412,018
Vivo V701,464,284
Realme 16 Pro+1,424,007
Nothing Phone (4a) Pro1,408,711
Poco X8 Pro2,086,502
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Oppo Reno16 5G12463889
IQOO Z1112072799
Oppo Reno1512803857
Vivo V7013614181
Realme 16 Pro+13374132
Nothing Phone (4a) Pro12823907
Poco X8 Pro17216340
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Oppo Reno16 5G1997
IQOO Z111117
Oppo Reno152082
Vivo V702093
Realme 16 Pro+2108
Nothing Phone (4a) Pro1993
Poco X8 Pro4120
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Prestasi harian yang diberikan cip ini sangat memuaskan, anda tidak akan terasa apa-apa yang perlahan ketika menggunakan aplikasi harian. Jika dari segi prestasi melalui permua, peranti ini boleh memberikan prestasi yang mencukupi. Permainan seperti PUBG Mobile boleh dimainkan pada tetapan pertengahan untuk pengalaman yang lebih memuaskan. Peranti juga akan memanas sedikit ketika sesi permainan.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar


Mungkin sedikit sahaja kekecewaan saya pada peranti ini adalah penggunaan cip yang sama untuk 2 model yang berlainan. Cip Snapdragon 7 Gen 4 ini sudah digunakan pada Reno15 sebelum ini. Sebab yang logik saya boleh berikan adalah untuk mengurangkan lagi kos pembuatan peranti ini dengan menggunakan cip yang lama. 

Dalam pasaran yang dipenuhi dengan pelbagai telefon kelas pertengahan yang menawarkan cip lebih berkuasa, OPPO Reno16 mungkin kelihatan sedikit kurang menonjol dari sudut prestasi berbanding beberapa pesaingnya. Walau bagaimanapun, penggunaan cip yang tidak begitu baharu bukanlah satu kelemahan yang besar. Bagi pengguna yang lebih mengutamakan pengalaman penggunaan harian berbanding prestasi maksimum, cip ini masih mampu memberikan prestasi yang memadai untuk kebanyakan tugasan

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Kamera

Semestinya fokus utama OPPO Reno16 ini adalah pada kameranya tersendiri. OPPO Reno16 dilengkapi dengan lensa utama 50MP f/1.8 OIS, lensa telefoto 50MP f/2.8 OIS dan juga lensa ultra lebar 50MP. Akhirnya, OPPO meninggalkan lensa ultra-lebar dengan 8MP yang memberikan hasil gambar yang kurang memuaskan. Untuk kamera swafoto juga menggunakan lensa 50MP sebagai pelengkap. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Hasil gambar yang diberikan oleh kesemua lensa dari OPPO Reno16 ini sangat baik lebih-lebih lagi pada siang atau dalam keadaan cahaya mencukupi. Penghasilan warna yang sangat pekat dan gambar juga masih lagi kelihatan tajam. Terdapat beberapa keadaan yang saya perasan gambar ada sedikit kesan ‘bloom’, mungkin masalah ini boleh diperbaiki dalam kemas kini yang akan datang. Jika anda zum lebih pada 7x pada keadaan yang kurang cahaya, gambar akan menjadi sedikit lembut dan kurang tajam.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Saya juga sangat suka dengan lensa ultra-lebar 50MP ini kerana penghasilan gambar kelihatan lebih tajam dan penghasilan warna juga tidak terlalu berbeza dengan lensa utama ataupun telefoto. Ini sangat lebih baik daripada lensa ultra-lebar dengan 8MP pada Reno15 yang terdahulu.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

 Apa menarik dengan kamera siri Reno16 kali ini adalah ciri Pop Cam yang dapat berikan beberapa filter yang berbeza untuk digunakan. Ini adalah satu ciri untuk menarik perhatian golongan muda kerana ia mempunyai beberapa filter yang sangat menarik seperti Light Leak, Digicam dan banyak lagi. Penghasilan gambar juga menjadi lebih menarik berbanding mengambil gambar dengan mod biasa.

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Bateri

Walaupun saiz OPPO Reno16 ini telah menjadi kompak dari Reno15 sebelum ini, OPPO masih lagi berjaya memuatkan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu sebesar 6700mAH dengan bantuan daripada teknologi Karbon Silikon. Untuk penggunaan seharian yang tipikal, saya boleh dapatkan sehingga 8 jam SOT dan mungkin anda boleh dapatkan penggunaan lebih lama tanpa menggunakan kamera secara aktif. 

Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Untuk pengecasan masih lagi sama seperti Reno15 sebelum ini iaitu SUPERVOOC 80W secara berwayar yang boleh mengecas dari 30% ke 90% bawah 1 jam. Sayangnya masih lagi tiada pengecasan nirwayar untuk siri Reno16 ini walaupun harga sudah meningkat seperti peranti mercu. 

Audio

Perkara yang sedikit mengejutkan saya adalah kualiti pembesar suara yang ada pada OPPO Reno16 ini. Peranti ini menggunakan konfigurasi audio stereo dengan pembesar suara utama pada bahagian bawah manakala satu lagi pada bahagian atas peranti. Saya tidaklah menjangkakan yang kualiti audio akan terlalu merdu namun untuk penggunaan seharian kualiti audio yang dihasilkan agak baik. Audio yang dikeluarkan hampir seimbang dan agak kuat namun ia tidaklah menghasilkan bunyi yang tepat seperti anda memakai fon telinga.

Pesaing

Oppo Reno16Honor 600Realme 16 Pro+
6.32″ AMOLED 120Hz
HDR10+, 3600 nit
6.57″ AMOLED 120Hz
HDR Vivid, 8000 nit
6.8″ AMOLED, 144Hz
HDR10+, 6500 nit
Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)

1 x 2.8 GHz Cortex-720
4 x 2.4 GHz Cortex-720
3 x 1.8 GHz Cortex-520
Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)

1 x 2.8 GHz Cortex-720
4 x 2.4 GHz Cortex-720
3 x 1.8 GHz Cortex-520
Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)

1 x 2.8 GHz Cortex-720
4 x 2.4 GHz Cortex-720
3 x 1.8 GHz Cortex-520
Adreno 722Adreno 722Adreno 722
8/12 GB LPDDR5X12 GB LPDDR5X12 GB LPDDR5X
256 GB UFS 3.1512 GB UFS 3.1512 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50 MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
50 MP, f/2.0 (Ultra Lebar)
50MP,f/2.8, OIS (Telefoto 3.5x)
Kamera Utama
200 MP, f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
12 MP, f/2.2 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
200MP f/1.9, OIS (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Lebar)
50MP f/2.8, OIS (Telefoto 3.5X)
Kamera Hadapan
50 MP f/2.0
Kamera Hadapan
50 MP f/2.0
Kamera Hadapan
50MP f/2.4
IP69KIP69KIP69K
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
6700 mAh
Berwayar 80W
7000 mAh
Berwayar 80W
7000 mAh
Berwayar 80W
ColorOS 16, Android 16

Kemaskini
5+6 Tahun
MagicOS 10, Android 16

Kemaskini
6+6 Tahun
Realme UI 7.0, Android 16

Kemaskini
4+6 Tahun
Dilancarkan
Julai 2026
Dilancarkan
April 2026
Dilancarkan
April 2026
RM 2699 (8/256GB)
RM 2999 (12/256GB)
RM 2599 (12/512GB)RM 2,399 (12/512GB)

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x Oppo Reno16 5G. 
  • 1 x Kepala Pengecas 80W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pin SIM.
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar

Kesimpulan

Selepas beberapa hari menggunakan OPPO Reno16, saya boleh kata pengalaman penggunaan peranti ini tidak terlalu berbeza dengan model Reno13 dan Reno15 F yang pernah saya cuba sebelum ini. Cuma, kali ini OPPO cuba memberikan sesuatu yang berbeza sedikit melalui penawaran rekaan serba baru dan juga ciri-ciri pada kamera yang menarik.

Dari segi prestasi juga bukanlah yang terbaik namun ia sudah mencukupi untuk penggunaan harian yang biasa. Jika anda masih lagi menggunakan Reno14 atau Reno15, anda tidak perlu risau untuk naik taraf kepada Reno16 ini kerana pengalaman yang anda dapat mungkin sama sahaja. 

Pro

  • Tubuh kompak selesa di tangan serta ringan.
  • Rekaan serba baru.
  • Skrin yang berkualiti dan cantik.
  • Prestasi kamera dipertingkat.
  • ColorOS 16 yang lancar berasaskan Android 16.
  • Bateri tahan lama dengan pengecasan SUPERVOOC 80W.
  • Kemas kini 5 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

Kontra

  • Bukan peranti paling berkuasa dalam kelasnya.
  • Prestasi kamera waktu malam kurang memuaskan.
  • Harga jualan yang agak tinggi.
  • Tiada perbezaan yang terlalu ketara dengan model sebelum.
Image from: Ulasan OPPO Reno16 5G – Lebih Segar
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved