Google TV Akhirnya Akan Menyokong Alat Kawalan Jenis Pointer

TechnologyDigital
21 May 2026 • 4:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android TV sudah berusia 11 tahun dengan ia kini menggunakan nama lebih terkini Google TV. Sejak dari awal lagi navigasi antaramuka Android TV adalah menggunakan sistem anak panah 8 arah. Siapa yang memiliki TV dengan sistem operasi ini tahu bahawa sistem navigasi anak panah menggunakan butang d-pad 8 arah adakah kurang intuitif berbanding LG TV OS yang sudah lama menyokong navigasi jenis pointer.

Image from: Google TV Akhirnya Akan Menyokong Alat Kawalan Jenis Pointer

Alat kawalan jenis pointer menggunakan giroskop untuk menggerakkan anak pada skrin. Ia lebih intuitif khususnya apabila terdapat banyak menu yang perlu ditekan pada skrin. Sokongan ini akan diberikan menerusi kemas kini Google TV terkini nanti. Sebagai insan yang menggunakan telefon sebagai alat kawalan Google TV di rumah, ini ialah kemas kini yang saya nantikan kerana navigasi anak panah adalah terlalu perlahan.

Sebagai persediaan kepada sokongan yang bakal diberikan, Google telah menggesa pembangun aplikasi Google TV mula menyokong alat kawalan pointer bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved