
Semalam Google mengacah pelancaran komputer riba Googlebook yang menggunakan sistem operasi baharu yang tidak dinamakan. Tetapi antaramuka OS baharu yang menggabungkan Android dan Steam OS ini telah tertiris ke arena web oleh Mystic Leaks dengan nama kod Aluminium OS.

Berdasarkan beberapa tangkapan skrin yang dikongsi, Aluminium OS nampak mirip dengan mod desktop yang digunakan pada Android 16 dengan beberapa penambahbaikan. Terdapat palang taskbar di bahagian bawah memaparkan singkatan aplikasi terpilih. Talam aplikasi boleh diakses dengan menatal dari bawah ke atas.

Seperti di Android, tetapan Quick Setting boleh dibuka dengan menatal dari bucu atas kanan ke bawah. Juga dapat dilihat tetapan Hot Corner untuk empat bucu skrin seperti di macOS. Aluminium OS dipercayai bukan nama akhir OS ini apabila ia dilancarkan kelak. Terdapat juga ura-ura ini ialah antaramuka yang akan digunakan Galaxy Book cuma pada peranti Samsung elemen antaramuka lebih mirip One UI.
Gaooglebook akan dijual oleh Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo. Ia akan mempunyai pelbagai ciri Gemini terbina serta palang lampu pada bahagian penutup. Setakat ini Intel, Qualcomm dan MediaTek mengesahkan Googlebook akan menggunakan cip keluaran mereka. Maklumat lebih lanjut Googlebook akan diumumkan di Google I/O minggu depan.





