Google Veo Mengenakan Bayaran $0.50 Untuk Menjana Satu Saat Video

TechnologyDigital
24 Feb 2025 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) generatif Google Veo 2 dilancarkan Disember lalu dengan ia boleh menjana video berdasarkan prom yang diberikan oleh pengguna. Minggu ini Google akhirnya mengumumkan bayaran $0.50 (~RM 2.20) untuk menjana video sepanjang 1 saat atau bersamaan dengan $30 (~RM 132) untuk menjana video sepanjang satu minit.

image is not available

Sebagai perbandingan, pelanggan ChatGPT Pro diberikan 10,000 kredit sebulan untuk menjana imej menggunakan Sora. Video 480p sehingga 20 saat yang dijana memerlukan sehingga 150 kredit manakala video 1080p sehingga 20 saat pula adalah sehingga 2000 kredit. Pelanggan ChatGPT Pro perlu membayar $200 (~RM 880) sebulan.

Pelbagai AI generatif kini telah digunakan untuk menghasilkan filem dan juga siri TV. Siri Secret Invasion oleh Disney+ telah dikecam kerana menggunakannya untuk menghasilkan video pembukaan. Kemudian tahun lalu kumpulan KRU menghasilkan video muzik Voodoo juga dengan bantuan AI generatif tanpa reaksi negatif yang besar daripada penggiat seni tempatan.