Google Wear OS 6 Dilancarkan Dengan Antaramuka Baharu Lebih Ceria

TechnologyDigital
22 May 2025 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah melancarkan Wear OS 6 semalam dengan ia memberikan tumpuan kepada antaramuka baharu berasaskan Material Design Expressive yang diperlihatkan minggu lalu. Seperti pada Android 16, antaramuka Wear OS 6 direka untuk nampak lebih ceria, mudah difahami, lebih besar dan reaktif.

image is not available

Perubahan pertama ialah antarmuka yang membesar dan mengecil untuk mengisi kekosongan pada skrin berbentuk bulat. Isu kandungan tidak dapat dibaca diselesaikan dengan rekabentuk reaktif ini. Seterusnya apabila melakukan tatalan, terdapat animasi momentum yang kelihatan lebih realistik.

image is not available

Antaramuka juga boleh diperibadikan keseluruhannya mengikut tema warna yang dipilih seperti yang disokong pada Android sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Setiap skrin juga mempunyai ruang untuk meletakkan tiga elemen antaramuka dengan lebih jelas. Widget turut nampak lebih menarik

image is not available

Apabila menggunakan pemain muzik, proses melangkau muzik, menjeda dan memainkan audio podcast lebih pantas kini akan disokong sepenuhnya di Wear OS selepas sekian lama hanya menyokong kawalan asas.

image is not available

Lebih penting sekali ialah Google mengatakan Wear OS 6 memberikan penjimatan penggunaan bateri sehingga 10% berbanding Wear OS 5. Wear OS 6 kini boleh dimuat turun pembangun sebelum versi akhir dilancarkan di musim panas ini.